Sunday, July 29, 2012

Jadual Tugasan sce 3106

Tugasan Projek (100%)

a)      Kumpul  maklumat daripada sekurang-kurangnya 3 sumber rujukan yang berkaitan berfikir dan bekerja secara saintifik.10%

b)      Buat ringkasan/nota berdasarkan sumber-sumber ini. 10%

c)      Kategorikan kemahiran proses sains asas dan bersepadu. 5%

d)     Bina peta minda mengenai kemahiran saintifik.5%

e)      Buat dan tulis laporan amali 2 hingga 6-25%

f)       Jalankan  satu penyiasatan yang dipilih: 25%

·         Senaraikan pemboleh ubah
·         Tulis soalan  penyiasatan yang spesifik
·         Bina hipotesis
·         Kumpul dan jalankan intepretasi data
·         Tulis laporan

g)      Tulis refleksi dan serahkan tugasan secara individu.10%
h)      Ujian individu 10%

Panduan Pelaksanaan Projek

1. Tugasan ini adalah tugasan individu.
2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.
3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut :
3.1. Muka depan hendaklah mengikut templet terkini
3.2. Fon Arial
3.3. Saiz huruf - 11
3.4. Langkau 1.5 baris
3.5. Rujukan mengikut format APA( American Psychological Association)
3.6 Lampiran adalah wajib
3.7. Jawab dalam Bahasa Melayu sahaja

4. Panjang tugasan antara 30 hingga 60  mukasurat (termasuk persembahan visual CD)
5. Amalan plagiat tidak dibenarkan
6. Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh 4 minggu.
7.Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50%

Tugasan Yang Baik Harus Menunjukkan Kriteria Kriteria Berikut :
1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.
2. Tugasan anda haruslah meliputi perkara berikut :
a. Mempunyai gambar yang menarik.
b. Mempunyai lukisan inovatif.
c. Mempunyai  CD disertakan
c. Rumusan/cadangan
3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong kerja  anda hendaklah dikemukakan:
4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dengan sokongan ilmiah

5. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.

6. Penulisan esei/ laporan/refleksi harus menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahas yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan dan kematangan hujah
7. Rujukan perlulah dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan
     (sekurang-kurangnya sumber dari 3 buah buku, 3 internet, 3 jurnal, 2 bahan bercetak

No comments:

Post a Comment